ICT



 
 
 
KEEPVID

Menggunakan aplikasi atas talian ini membolehkan anda untuk memuat turun video daripada youtube, metacafe, dailymotion dan lain dengan cepat dan mudah. Lebih memudahkan lagi, ia mempunyai kelebihan memuat turun video dalam pelbagai format yang anda inginkan seperti mp4, 3gp dan terkini dalam bentuk mp3. Ini bermakna bagi murid-murid yang ingin menggunakan video daripada youtbe kebiasaannya bagi tugasan kerja kursus, mereka tidak lagi perlu untuk 'convert' video tersebut. Klik SINI ke laman keepvid.


 CABARAN MEMBUDAYAKAN ICT DI SEKOLAH

Sememangnya dalam membudayakan ICT di sekolah, guru-guru perlu digerak atau ada keinginan untuk bergerak sendiri seirirng dengan perkembangan semasa. Tidak kira guru opsyen apa, ICT sememang sesuai untuk semua jenis mata pelajaran. Dalam menggerakkan guru ke arah ini, tidak dinafikan pihak pentadbir sekolah perlu ada inisiatif menggalakkan guru menggunakan kemudahan ICT. Contoh paling pada pendapat saya adalah penggunaan email.

Terdapat sekolah-sekolah di Malaysia ini di mana pentadbir menggunakan email sebagai satu cara menyebarkan maklumat kepada guru-guru mereka. Ini merupakan satu cara yang sangat baik pada pendapat saya. Mungkin ada sebilangan kecil guru yang berasa seperti dipaksa dan terpaksa apatah lagi jika tiadanya kemudahan internet di rumah. Namun alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ianya sesuatu yang tidak akan menjadi masalah. Laman web sosial juga seperti facebook kini telah mula digunakan oleh banyak sekolah.

Apa yang menjadi persoalan kini samada email atau facebook atau apa sahaja, keberkesananya dalam melibatkan ke semua guru dalam sesebuah terbukti berjaya. Perlu adanya kajian tindakan dalam melihat samada penggunaan internet berjaya menggerakkan organisasi sekolah dan perlahan-palan menggunakan pengetahuan dan pengalaman tersebut untuk disalurkan dalam pengajaran dan pembelajaran


CIPTA ANIMASI

Cipta animasi flash anda sendiri.. mudah dan cepat..anda boleh mencipta jalan cerita anda jika rajin meneroka lebih lagi aplikasi web ini... Anda boleh merakam suara anda sendiri, memasukkan lagu pilihan anda, pergerakan muka dan sebagainya...


 PERKHIDMATAN EMAIL PERCUMA PALING POPULAR

Bilakah anda mula mempunyai email ? Berapa banyak email yang anda ada ? Perkhidmatan email mana yang anda gunakan ? Jika kita lihat riview di pelbagai laman web yang memaparkan senarai perkhidmatan email secara percuma , tempat kedua dan seterusnya tidak sama dan berbagai macam. Cuma tempat pertama sahaja ....
yang diakui bahawa paling popular dikalangan pengguna internet iaitu GMAIL. Pada tahun 2010 sahaja dianggarkan ada lebih 200 juta pengguna internet menggunakan emal gmail. Mengapa gmail begitu popular. Ini kerana Gmail menyokong banyak aplikasi yang lain seperti picasa web album, google doc dan sebagainya.Disamping itu dengan storan percumanya sebanyak 7 gb atau lebih turut menjadikannya begitu popular. Anda boleh klik pautan dibawah untuk paparan lebih lanjut senarai perkhidmatan email percuma paling popular.

http://email.about.com/od/freeemailreviews/tp/free_email.htm
http://tomuse.com/free-email-services-review/
http://free-email-services-review.toptenreviews.com/gmail-review.html
http://www.email-marketing-reports.com/metrics/email-statistics.htm
http://www.hitwise.com/us/datacenter/main/dashboard-10133.html


  • Microsoft  Office 2010 yang dilancarkan pada 15 Jun 2010 yang lalu hanya seseuai untuk Microsoft Windows XP SP3 ke atas sahaja. Perisian berlesen ini menawarkan pelbagai aplikasi tambahan yang banyak melibatkan visual. Microsoft Corp. mendakwa versi terbaru office ini menawarkan kelebihan kepada mereka yang kreatif , sentiasa bergerak aktif sama ada bekerja atau beriadah dan mereka yang sentiasa atau selalu berada di alam web. Secara ringkas antara alasan mengapa Office 2010 ini perlu digunakan adalah;

1.Membantu anda mengungkapkan idea-idea anda secara lebih visual.Visual yang ditawarkan bersifat profesional apatahlagi dalam Power Point.

2. Ms Office 2010 turut memberikan pengalaman di web.Dengan Office Web Apps, pelbagai kemudahan diberikan ketika bekerja menggunakan Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ini kerana anda boleh mengakses kerja anda bila-bila masa dari Smartphone atau komputer dengan talian  internet.
3. Storan. Jejaki semua fail dan dan nota anda dalam satu tempat. Dengan Microsoft OneNote 2010, anda mendapat notebook digital utama untuk mengesan, mengawal dan berkongsi teks, imej, dan video dan fail audio. Ciri-ciri baru pautan nota dan sebagainya memberi anda kawalan lebih besar atas nota anda supaya anda sentiasa terkehadapan selaras dengan perubahan terkini.
4. Perisian persembahan (power point) yang lebih menarik. Dengan PowerPoint 2010, anda boleh secara efektif melibatkan penonton anda dengan embedding video dalam persembahan anda. Ini tentunya menjimatkan masa dan wang.
Terdapat lagi kelebihan yang dinyatakan, namun begitu perubahan terbesar tentunya dari segi visual dan jika anda ingin mencuba trial MS Offie 2010 ini, anda boleh boleh memuat turunnya di SINI. 

No comments:

Post a Comment