Saturday 3 November 2012

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN



1.1 Pendahuluan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.


Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2 Mod Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada
murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan
pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3 Mod Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain
maklumat yang diperolehi di pasaran.

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4 Mod Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta murid-murid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5 Mod Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod.

Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6 Kesimpulan
Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.




Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin.


“PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”

Sunday 14 October 2012

KUASAI TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK



Pernahkan anda mencuba apa-apa teknik untuk menyelesaikan permasalahan dalam Matematik ? Adakah teknik yang anda gunakan itu mudah bagi anda dan menjimatkan masa? Biar saya beritahu anda satu fakta yang amat menarik mengenai minda anda. Minda manusia dicipta untuk berfungsi dengan malas tetapi, disebaliknya.. ia amat cekap ! Minda sentiasa berfungsi untuk kita mendapatkan sesuatu hasil kerja yang banyak ( maksimum ) dengan usaha yang sedikit ( minimum ). 


Ia menjadikannya amat produktif. Kita selalu inginkan, dengan hanya klik satu butang semua kerja dapat diselesaikan, pakaian dibasuh, pinggan dicuci, bilik dibersihkan dan kerja matematik disiapkan.. :) Saya pasti, anda boleh menyelesaikan pelbagai masalah operasi matematik dengan teknik yang anda pelajari semasa disekolah, dalam masa yang sama, selalunya minda anda secara automatik akan disetkan bahawa ianya sukar. Seseorang yang bijak dalam matematik mengetahui bagaimana untuk menggunakan kebolehan akal dan minda secara maksimum dan bukannya hanya mengikut teknik-teknik yang dipelajari dan inilah yang akan didedahkan dalam 30 teknik rahsia matematik. Anda boleh beritahu saya secara jujur.. 

 Adakah dengan mempelajari 3 teknik yang ditunjukkan tersebut anda dapat merasakan umpama genius dalam jangka waktu yang singkat ?


KLIK DISINI

GAME MATH


Teknik Menjawab Soalan Matematik PMR

Saturday 13 October 2012

GOOGLE DRIVE


Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive. Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda anda hanya perlu memilih fail atau apa sahaja yang ingin di synchronize dengan google drive kerana google drive menawarkan secara percuma storan sehingga 5GB. APA yang ANDA perlu TAHU bagi yang BELUM TAHU , google drive terbina dalam GOOGLE DOC. Jika anda membuka gmail anda, pada Bar atas (lihat gambar bawah) biasa terdapat DOCUMENT namun setelah anda menggunakan Google drive, perkataan Document bertukar kepada Drive..




Melihat perkara ini ia seperti picasa, synch foto pada pc terus ke web album picasa web. Pastinya ramai mengatakan sebelum ini google sudah sedia ada storan seperti google apps , google doc dan sebagainya. Maka apa istimewanya google drive ? Mari kita lihat..

1. Download Google Drive ( boleh download di SINI )







2. Setelah anda download dah buat cara instalasi seperti biasa, paparan berikut terpapar










3. Paparan berikut akan terpapar dan klik next






















4. Paparan seterusnya akan di paparkan. Bagi makluman, satu folder akan dibina
pada desktop anda, anda sebelum itu boleh membuat pilihan di mana anda ingin folder
 drive ini di simpan sama ada pada C: document atau mana-mana tempat seperti di
drive D: dan sebagainya.




































Anda kini boleh synchronize fail anda dengan menekan butang start sync.

5. Tapi Bagaimana ? Di mana pergi nya fail atau bermacam-macam lagi. BAIK,
anda tutup paparan di atas. Pertama pergi pada desktop anda dan anda akan lihat
 satu folder dengan nama Google Drive seperti gambar di bawah...


















6. Buka folder google drive seperti gambar di bawah... DAN lihat fail word
bernama Selangor



















7. Anda cuma perlu drag and drop atau copy and paste fail tersebut ke dalam folder drive.
Bagi kes ini saya copy and paste



































8. Buka email anda semula dan klik Drive pada bar anda. Di ulang, perkataan yang tertera sebelum ini adalah Document. Pada gambar di bawah menunjukkan fail yang telah di synchronize tadi..





Apa pendapat anda ? Berguna atau tidak ?
Ketahui lebih lanjut tentang google drive di






'Block' Laman Web Pornografi

Memastikan komputer atau laptop daripada digunakan untuk melihat laman-laman web berunsur pornografi atau seumpamanya adalah sangat penting. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar. Elok rasanya untuk membuat pencegahan awal kerana mengubati penyakit ini mungkin sudah terlambat. Cara ini tidak perlukan perisian, percuma dan selamat... tutorial ini untuk paparan windows XP.. menggunakan Vista dan 7 paparannya agak berlainan namun dengan cara yang sama..

1. Klik start ---> all program ---> network connection



















2. Pada paparan berikut..pilih rangkaian anda..saya menggunakan wireless connection..
 jika anda guna kabel klik pada local area connection




















3. Pada paparan seterusnya.klik kanan dan klik lagi pada properties



















4. Pada paparan properties.. cari internet protocol, klik dan klik pula pada properties nya..



















5. Berikut adalah paparan properties internet protocol..
Lihat pada DNS...



















6. Seterusnya, isi nombor berikut dan klik ok..



















jom uji keberkesanannya....pada web search..taip perkataan berikut...pilih mana-mana...




















paparan berikut akan terpapar..yang mana akan menyenangkan hati apabia anak-anak
 melayario internet di rumah...



















sumber : youtube - block porno web sites...

Penyakit iexplore.exe

Virus iexplore.exe ini terdapat pada bahagian proses Task Manager. Virus jenis ini menyebabkan komputer menjadi lembab dan kadang-kadang menyebabkan proses lain turut tergendala. Bagi menghilangkan virus jenis ini, ikuti langkah berikut ;




Terdapat 2 cara untuk menghilangkan virus ini ;


  • Taip di command prompt : taskkill /F /IM iexplore.exe


  • atau taip sahaja di RUN



  • atau Gunakan : System restore sebagai langkah terakhir :)




Hilangkan Virus "Bila Folder Jadi Shortcut"

Virus Shortcut ini termasuk kedalam golongan virus .vbs. Walaupun virus ini tidak begitu berbahaya, namun kita harus berwaspada kepadanya kerana ia akan mengakibatkan kerja komputer menjadi berat dan tergangu. Virus beroperasi dengan cara membuat file ” autorun.inf, dekstop.ini, fanny.bmp, thumb.db, serta file shortcut yang terdapat pada pendrive dan folder.
Langkah-langkahnya menghapus Virus Shortcut adalah seperti berikut:
  1. OFF terlebih dahulu System Restore pada semua drive ( My Computer > Properties > System Restore, Cheak pada Turn off System Restore on All Drives)
  2. Matikan proses “wscript.exe” (Task manager. services > wscript.exe, klik kanan pada wscript exe, end process/end process tree)
  3. Buka windows explorer, klik menu “Tool” lalu pilih “Folder Option”, selanjutnya pada tab “View” klik “Show hidden files and folders”, uncheck pada “Hide extensions for known file types” dan uncheck Hide protected operating system files. Klik OK.
  4. Klik menu “Search”, Klik All Files and Folders, Pada bahagian All or part of the file name taip pada ruang tersebut : Autorun.inf, pada bahagian Look in klik “My Computer”, setelah itu klik pada More Advanced Options lalu hapus semua file autorun.inf yang ditemui.
  5. Setelah Proses pada No. 4 selesai, lakukan proses sama seperti No. 4. Tapi pada ruangan All or Part of the file name di isi dengan Dekstop.ini. Hapuskan fail tersebut juka ditemui.
  6. Setelah Proses pada No. 5 selesai, lakukan proses sama seperti No. 4. Tapi pada ruangan All or Part of the file name di isi dengan *.lnk >>>( LNK bukan ink ). Hapus juga file tersebut jika ditemui.
  7. Hapuskan segala fail yang mengumpukan arah tujuan kepada window/system32
  8. Selamat Mencuba


sumber : http://www.myictrooms.co.cc 
Sumber: www.rmmict.blogspot.com

CARA MENJAGA PC ANDA DENGAN BAIK

Secara umumnya, bagi pengguna komputer biasa mengetahui bahawa komputer memerlukan perisian antivirus bagi menjaga keselamatan komputer mereka. Tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa mempunyai antivirus bukanlah satu-satu aspek yang perlu ada dalam menjaga keselamatan komputer. Terdapat beberapa perkara atau aspek penjagaan komputer yang perlu diambil kira dan ia juga tidak kurang pentingnya. Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - gunakan yang berlese_n dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisian antispyware.

2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. Terdapat kes di mana rakan sekerja berjaya memasuki email rakannya dengan hanya mencuba nombor ic. Seterusnya dengan begitu banyak aplikasi yang disertai seperti email, facebook, twitter dan sebagainya, adalah tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama. Dari segi aspek mengingat kata laluan adalah mudah namun dari segi keselamatan, ia tidak praktikal digunakan . Pasti anda sendiri tahu mengapa.

3. Buat sandaran data - Sentiasalah buat sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan.

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. Jika tidak pasti, adalah disarankan menggunakan sedikit masa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengetahui. Terdapat banyak kes di mana, pengguna tidak sedar memuat turun bahan yang dikehendaki bersama-sama dengan spyware (pengintip cyber) tanpa disedari. Spyware yang dimuat turun tanpa anda sedar ada yang berupaya memasang sendiri secara automatik ke sisitem komputer anda dan tanpa anda sedar juga mencuri data maklumat anda. Kadang-kadang spyware akan menyebabkan sistem anda rosak dan perlu diformat sebagai jalan terakhir membetulkan komputer/laptop anda.

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya datang dengan tajuk yang menggoda dan merisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah.

6. Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out sebagai contoh laman bank atau email, maka tidak mustahil ia bakal dicerobohi. Komputer yang terpasang dalam keadaan online yang terlalu lama juga boleh menyebabkan spyware mengunjungi anda...

7. Tutup komputer dengan cara betul - berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. Bagi pengguna laptop, menutup dengan membiarkan ia dalam keadaan standby bakal mempercepatkan lagi laptop anda kondem



sumber asal : http://www.100penulis.com/

Thursday 11 October 2012

STRATEGI BERKESAN KUASAI BAHASA INGGERIS



"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!”

*** Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal! ***
"Ianya sangat membantu."
Tidak dapat dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris pada masa kini sangat penting dan menjadi satu kelebihan bagi mereka yang mengusainya. Terutamanya untuk melanjutkan pelajaran dan dalam bidang pekerjaan.

Bagi saya ebook yang diolah dengan mode santai ini dapat memperbaiki dan meningkatkan keyakinan dalam menguasai bahasa antarabangsa ini. Dengan kaedah dan pendekatan yang kreatif yang telah digunakan oleh penulis sendiri telah membuktikan bahawa ianya efektif dan berkesan.

Saya mengucapkan tahniah diatas penghasilan ebook ini. Ianya sangat membantu.


Maizul
http://www.maizul.com

Mungkin anda berada dalam situasi ini.
Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.
Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.
Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.
Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.
Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.
Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.
Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.
Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.


Kini masalah yang anda hadapi ini bakal berakhir...
___________________________________________________________________________

Dari papan kekunci: Abdul Hafiz bin Lidin @ Khlidin
Tarikh    : 12 Oktober 2009
Kepada : Yang lemah berbahasa Inggeris,


Assalamualaikum & Salam Hormat,

    Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dan graduan tidak habis-habis diperkatakan di media-media massa mahupun media cetak hingga ke hari ini. Ibu bapa pening, guru-guru bahasa Inggeris pening, pengetua-pengetua pening, Menteri Pelajaran pening, Menteri Pengajian Tinggi pening, majikan pening dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang masih lemah dikalangan pelajar-pelajar dan graduan-graduan terutamanya yang berbangsa Melayu.

    Dato' Rafeah Salim, Bekas Naib Canselor Universiti Malaya dalam satu temubual oleh International Herald Tribune dipetik sebagai berkata, "The cause of the underemployment I'll give you one reason for it: English. The only industry that's really using Bahasa is the government service." ("Punca pengangguran saya berikan satu sebab iaitu Bahasa Inggeris. Industri yang menggunakan Bahasa Melayu hanyalah perkhidmatan kerajaan.")
    Alangkah ruginya setelah bertahun-tahun menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga menuntut ilmu di menara gading, tidak mampu memperoleh pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian hanya kerana masalah bahasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Susah sangatkah belajar Bahasa Inggeris? Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Adakah guru-guru bahasa Inggeris? Kementerian Pelajaran Malaysia? Atau pelajar itu sendiri??

Kawan-kawan,

    Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa Inggeris, tidak mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat memahami anda kerana saya pernah berada dalam situasi anda suatu ketika dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius.

    Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris selama dua kali berturut-turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga tidak belajar di sekolah aliran Inggeris, bukan juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris, mahupun berjiran dengan Sir Alex Ferguson! Pendek kata saya kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris. Biarpun begitu saya masih boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya juga pernah bekerja di syarikat GLC gergasi tanah air yang mana saya dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan pelanggan!

Bagaimana saya melakukannya? Semuanya saya bongkarkan dalam buku ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SOALAN RAMALAN SPM






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 10 October 2012

SEJARAH PENDIDKAN DI MALAYSIA


Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta





Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...