Saturday 13 October 2012

CARA MENJAGA PC ANDA DENGAN BAIK

Secara umumnya, bagi pengguna komputer biasa mengetahui bahawa komputer memerlukan perisian antivirus bagi menjaga keselamatan komputer mereka. Tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa mempunyai antivirus bukanlah satu-satu aspek yang perlu ada dalam menjaga keselamatan komputer. Terdapat beberapa perkara atau aspek penjagaan komputer yang perlu diambil kira dan ia juga tidak kurang pentingnya. Beberapa perkara di bawah pastinya anda telah ketahui namun perlu diingatkan semula agar dijadikan amalan bagi menjaga keselamatan komputer, data maklumat dan sebagainya.

1. Antivirus - gunakan yang berlese_n dan jika boleh hindarkan perisian antivirus yang percuma. Terdapat ramai pengguna cuba menginstall / memasang antivirus percuma dengan memuat turunnya di internet. Apa yang berlaku, bukan antivirus yang dimuat turun tetapi virus !! Anda juga di saran kuat memasang perisian antispyware.

2. Kata laluan (password) yang kuat. Ini bermakna, kata kunci anda bukan mudah dan dapat difikir oleh orang lain. Sebagai contoh menggunakan nombor ic / kad pengenalan sebagai kata kunci. Terdapat kes di mana rakan sekerja berjaya memasuki email rakannya dengan hanya mencuba nombor ic. Seterusnya dengan begitu banyak aplikasi yang disertai seperti email, facebook, twitter dan sebagainya, adalah tidak digalakkan menggunakan kata laluan yang sama. Dari segi aspek mengingat kata laluan adalah mudah namun dari segi keselamatan, ia tidak praktikal digunakan . Pasti anda sendiri tahu mengapa.

3. Buat sandaran data - Sentiasalah buat sandaran data (data backup) kerana malang adalah tidak berbau. Antara cara yang mudah adalah menyimpan di dalam cakera keras luaran (external hard disk) dan di dalam thumbdrive. Pastikan juga , data penting tidak disimpan di dalam sistem (local C:). Sebaiknya simpan data di dalam ruang simpan yang lain pada cakera keras (pemacu d: contohnya) Ini kerana jika pc / laptop perlu diformat, hanya pemacu c: yang akan diubah kerana di dalam bahagian inilah sistem komputer disimpan.

4. Berhati-hati ketika memuat turun - Pastikan hanya kawasan/laman web untuk memuat turun yang dipercayai selamat sahaja digunakan. Jika tidak pasti, adalah disarankan menggunakan sedikit masa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengetahui. Terdapat banyak kes di mana, pengguna tidak sedar memuat turun bahan yang dikehendaki bersama-sama dengan spyware (pengintip cyber) tanpa disedari. Spyware yang dimuat turun tanpa anda sedar ada yang berupaya memasang sendiri secara automatik ke sisitem komputer anda dan tanpa anda sedar juga mencuri data maklumat anda. Kadang-kadang spyware akan menyebabkan sistem anda rosak dan perlu diformat sebagai jalan terakhir membetulkan komputer/laptop anda.

5. Email yang tidak diketahui punca datang - Email jenis ini juga disebut sebagai SPAM. Email jenis ini biasanya datang dengan tajuk yang menggoda dan merisaukan anda. Menggoda dengan tawaran hadiah atau wang yang lumayan dan merisaukan anda dengan mengatakan maklumat bank anda perlu untuk dikemaskini kerana jika tidak anda akan menghadapi masalah.

6. Jangan 'online' bila anda tidak 'online' - Jika anda tidak menggunakan komputer, PASTIKAN ia tidak berada dalam keadaan online. Putuskan talian kerana anda tidak akan tahu bila ada seseorang memerhatikan anda. Jika anda tidak sign out sebagai contoh laman bank atau email, maka tidak mustahil ia bakal dicerobohi. Komputer yang terpasang dalam keadaan online yang terlalu lama juga boleh menyebabkan spyware mengunjungi anda...

7. Tutup komputer dengan cara betul - berikan sedikit masa untuk menutup komputer dengan cara yang betul. Menutup komputer secara tergesa-gesa boleh menyebabkan cakera keras(hard disk) anda rosak sedikit demi sedikit. Bagi pengguna laptop, menutup dengan membiarkan ia dalam keadaan standby bakal mempercepatkan lagi laptop anda kondem



sumber asal : http://www.100penulis.com/

1 comment: